Warga emas maut kereta terbakar 

Warga emas maut kereta terbakar dalam kemalangan

PASUKAN Bomba dan Penyelamat Yong Peng melakukan kerja-kerja mengeluarkan mayat dalam kereta Produa Viva dipandu seorang warga emas selepas terlibat dalam kemalangan di di Jalan Muar, Parit Yaani, Batu Pahat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan tiga kenderaan lain semasa dalam perjalanan untuk bersarapan di Jalan Muar-Parit Yaani, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan pada pukul 9.20 pagi itu melibatkan Perodua Viva dipandu lelaki warga emas, Shahri Abu, 69, dan masing-masing  sebuah lori, Perodua Bezza dan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux.

“Hasil siasatan awal mangsa yang bekerja sendiri datang dari arah Yong Peng hendak pergi sarapan berhampiran kawasan kejadian. 

“Apabila sampai di lokasi, kenderaan dipandu mangsa ingin masuk ke simpang sebelah kanan dan kemudian datang Hilux dipandu seorang lelaki warga tempatan, 31, dari arah yang sama terlanggar belakang kereta warga emas tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Ismail, pelanggaran itu menyebabkan Perodua Viva berkenaan terbabas masuk arah bertentangan namun pada masa sama lori dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak dan melanggar kenderaan Viva tersebut. 

Ujarnya, pelanggaran itu menyebabkan lori berkenaan terbabas ke laluan bertentangan seterusnya melanggar kereta Produa Bezza yang berada di belakang kenderaan pacuan empat roda.

“Kemalangan tersebut mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah kerana tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan  1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya