KUALA PILAH: Berpura-pura sebagai pelanggan dengan mencuba barang kemas sebelum bertindak melarikannya, polis kini sedang mengesan seorang wanita yang disyaki mencuri barangan kemas bernilai RM41,000 dari sebuah kedai emas di daerah ini, minggu lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Gani berkata, wanita itu disyaki melakukan perbuatan tersebut dalam kejadian kira-kira pukul 4.05 petang, 3 Januari lalu. Menurut beliau, semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati wanita berkenaan memakai baju berwarna hijau, berseluar hitam, memakai tudung, bercermin mata dan memakai pelitup muka semasa kejadian. “Suspek melarikan dua utas rantai tangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya