Wanita maut nahas, kereta terbabas langgar pokok

Wanita maut nahas, kereta terbabas langgar pokok

KEADAAN kereta dipandu Yuvetha Selvakumar Naidu yang rosak teruk selepas melanggar sebatang pokok dalam kejadian di kilometer 62.5 Jalan Batu Pahat - Mersing lewat petang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG : Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dalam kejadian di kilometer 62.5 Jalan Batu Pahat – Mersing lewat petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.35 petang itu melibatkan seorang wanita iaitu Yuvetha Selvakumar Naidu, 20, dengan memandu kereta Produa Myvi dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Gajah, Kluang.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah bandar Kluang menuju ke Mersing sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok sebaik tiba ditempat kejadian.

“Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan serta kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan pada ahli keluarga,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya