Wang RM400 tabung surau dilarikan pencuri

Wang RM400 tabung surau dilarikan pencuri

Othman Omar menunjukkan tabung Surau Imaduddin yang diumpil oleh pencuri di PPR Paya Nahu 2, Sungai Petani, Kedah pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Tabung di Surau Imaduddin di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Paya Nahu 2, di sini dipercayai dilarikan oleh pencuri pagi ini.

Ahli Jawatankuasa Kesihatan dan Kebersihan surau, Othman Omar, 66, berkata, kejadian disedari kira-kira pukul 5.30 pagi ketika dia hadir untuk membuat persiapan menunaikan solat Subuh.

“Saya menyedari ada kesan umpil di pintu tepi surau ketika membukanya dan membuat pemeriksaan sebelum mendapati tabung berkenaan yang diletakkan di dalam kotak berkunci di tiang ruang solat dikesan hilang.

“Tabung yang dilarikan itu berisi wang tunai sebanyak RM400 dan merupakan sumbangan jemaah sejak Oktober lalu,” katanya. 

Menurutnya, ini merupakan kejadian pertama berlaku dan dia percaya suspek memasuki kawasan surau dengan cara memanjat pagar di bahagian belakang sebelum mengumpil pintu untuk melarikan tabung itu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan yang dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya sedang memburu suspek terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya