Wan Junaidi angkat sumpah TYT Sarawak ke-8, pukul 3 petang ini

Wan Junaidi angkat sumpah TYT Sarawak ke-8, pukul 3 petang ini

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak yang baharu, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dijadualkan mengangkat sumpah dalam Istiadat Angkat Sumpah Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada pukul 3 petang hari ini.

Wan Junaidi yang merupakan TYT Sarawak yang baharu itu telah menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Shah di Istana Negara.

Bekas ahli politik berpengalaman luas yang dilahirkan di Sadong Jaya 1 Februari 1946 itu, menyandang jawatan berkenaan selepas Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Wan Junaidi merupakan bekas Ahli Parlimen Batang Lupar sejak 1990 hingga 2004, sebelum bertukar ke kawasan Parlimen Santubong sehingga bersara tahun 2022.

Dalam karier politik beliau, Wan Junaidi merupakan Ahli Parlimen di dua kawasan tersebut selama 32 tahun susulan kemenangannya selama tujuh kali plihan raya umum.

Dalam Kabinet Persekutuan, beliau pernah memegang beberapa jawatan penting, antaranya sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 16 Mei 2013 hingga 29 Julai 2015.

Kebolehan, dan pengalaman beliau juga diberikan kepercayaan untuk mengemudi salah satu portfolio dalam Kabinet Persekutuan sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 29 Julai 2015 hingga 10 Mei 2018.

Pada 10 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021, beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Beliau diberi kepercayaan menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) mulai 30 Ogos 2021 hingga 24 November 2022.

Jawatan terakhir Wan Junaidi sebelum dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ialah Yang di-Pertua Dewan Negara.

Sebaik sahaja menerima watikah, beliau turut dianugerahkan anugerah tertinggi negara, Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SSM) yang membawa gelaran Tun.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya