KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, 31, mengumumkan dirinya kini hamil anak kedua.
Khabar gembira itu dikongsikan pemilik nama penuh Saidatul Naseha Uyaina Arshad itu di Instagramnya, semalam.
“Alhamdulillah. Syukur pada-Mu ya Allah. Saya kini hamil anak kedua.
“Uyaina sudah di trimester kedua sekarang. Keluarga kami sedang berkembang.
“Tolong doakan keluarga kecil kami dan semoga yang baik-baik untuk kalian juga,” tulisnya.
Uyaina mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah pada Disember 2021.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raja Urhan.
Sebelum ini, Uyaina pernah memaklumkan dirinya mengalami keguguran sekitar Mei tahun lepas.