IPOH: Murid dan ibu bapa Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Putera, Bercham di sini menerima kejutan pada hari pertama persekolahan 2024 apabila bertemu semula K. Kittu, 50, seorang pengawal keselamatan yang kembali bertugas semalam. Kisah Kittu atau lebih mesra dengan panggilan ‘Uncle Kittu’ tular kira-kira sebulan lalu apabila diraikan oleh murid dan pihak sekolah dalam majlis perpisahan kerana berpindah ke Taman Seri Klebang terletak agak jauh untuk dia berulang-alik. Kemunculan Kittu semalam yang mengawal lalu lintas di hadapan sekolah mengejutkan dan menggembirakan murid dan ibu bapa. Ketika ditemui, Kittu berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya