Umur sebenar saya bukan 57 tahun - Tyzo - Utusan Malaysia

Umur sebenar saya bukan 57 tahun – Tyzo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander tidak menyangka status umurnya telah menjadi sorotan dan perbincangan hangat di media sosial.

Menurut Tyzo, atau Tuah Zolqarnain Idris, angka 57 yang dihebahkan hanyalah karakter yang dicipta agar bersesuaian dengan segmen petang yang dikendalikannya sebelum ini.

“Lelaki berumur 57 tahun hanyalah sebuah karakter yang saya cipta ketika mengendalikan segmen Suria Petang.

“Ramai yang berasa dekat dan percaya dengan karakter itu sepanjang ke udara.

“Umur sebenar biarlah saya tidak dedahkan. Cukuplah orang tahu saya sedikit lebih muda,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Diminta bercerita mengenai penjagaan kesihatan tubuh badan, Tyzo tidak mengamalkan apa-apa diet khusus selain mengakui sangat menyukai aiskrim.

“Saya tidak pula amalkan apa-apa petua. Semuanya biasa sahaja. Pencuci muka pun saya buat sebagai sabun badan, senang dan jimat masa.

“Cuma rambut memang saya ada ambil vitamin memandangkan ia cepat gugur.

“Namun pemakanan, memang saya tidak amalkan apa-apa diet, cuma saya jenis tidak makan banyak nasi. Tapi saya ‘hantu’ ais krim, jeli atau agar-agar,” katanya.

Sebelum ini, heboh di media sosial apabila Tyzo dikatakan bakal mencecah usia 60 tahun.

Ramai yang terkejut dengan dakwaan itu dan menyifatkan Tyzo kelihatan lebih muda untuk seseorang yang berusia 50-an.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya