Ular sawa batik kekenyangan telan babi hutan

Ular sawa batik kekenyangan telan babi hutan

ANGGOTA APM Baling berjaya menangkap seekor ular sawa batik yang menelan seekor babi hutan di Kampung Charok Bakong, Dalam Wang di Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seekor ular sawa batik yang sedang kekenyangan setelah dipercayai menelan seekor babi hutan mengejutkan seorang lelaki di Kampung Charok Bakong, Dalam Wang, di sini semalam.

Penduduk, Mohd. Shukur Shaari, 22, berkata, jirannya menghubungi dia setelah menemukan seekor ular sawa batik yang sedang menelan seekor babi hutan pada jarak kira-kira 50 meter dari rumahnya.

“Ketika itu, jiran saya sedang mengupas buah kelapa di luar rumahnya dan mendengar bunyi pelik seakan-akan babi yang sedang mengerang kesakitan.

“Dia cuba memeriksa dan mencari arah bunyi tersebut sebelum melihat seekor ular sawa batik sedang melilit dan menelan babi hutan. Dia segera menghubungi saya yang bekerja di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd. Faizol Ab. Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.43 tengah hari sebelum empat anggota APM bergegas ke lokasi bagi menangkap ular berkenaan.

“Ular berkenaan seberat kira-kira 40 kilogram dan panjangnya dianggarkan lima meter. Anggota APM mengambil masa selama satu jam untuk menangkap ular sawa terbabit yang kekenyangan setelah menelan seekor babi hutan,” katanya.

Menurutnya, ular sawa itu dibawa ke pejabat APM Baling sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya