'Tunggu PADU sehingga PDPA dipinda dilihat tidak berasas' - Rafizi

‘Tunggu PADU sehingga PDPA dipinda dilihat tidak berasas’ – Rafizi

RAFIZI Ramli bercakap ketika sidang akhbar mengenai PADU) di Putrajaya. -UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Cadangan untuk menangguhkan pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 dipinda dilihat tidak berasas.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, cadangan itu langsung tidak berasas kerana data-data di bawah agensi kerajaan dikawal oleh akta tertentu.

Beliau berkata, PADU memperoleh data daripada pangkalan data kerajaan dan bukannya daripada pihak swasta termasuk institusi perbankan.

“Kalau kita mengikut komen-komen daripada Lawyers for Liberty (LFL) maka, kita kena tutup Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen (JIM) kerana PADU ini data yang dikumpul bukan data baharu.

“Jika kita mahu tunggu akta PDPA diluluskan maka, kerajaan tidak boleh teruskan apa-apa proses yang melibatkan rakyat termasuk program subsidi bersasar,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Sebelum ini, LFL menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan PADU sehingga pindaan dibuat ke atas Akta APDP 2010.

Pengarahnya, Zaid Malek dilaporkan berkata, pelaksanaan PADU sebelum pindaan dibuat ke atas akta itu akan mendedahkan orang awam kepada bahaya pelanggaran data, kebocoran dan penipuan.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, beliau mahu LFL tahu membezakan antara PDPA dan data awam.

“Data awam diselia setiap agensi terlibat yang mana kerahsiaan dan pengendalian data tertakluk dalam akta di bawah agensi masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi mendedahkan, Selangor menjadi negeri yang tertinggi merekodkan jumlah pendaftaran PADU selepas ia dilancar Selasa lalu.

“Antara masalah-masalah yang dihadapi pengguna yang telah dikenalpasti pada masa ini lebih melibatkan isu untuk membiasakan diri dengan sistem itu termasuk mengisi data, kamera tidak berfungsi, cache tidak dikosongkan dan sebagainya.

“Kami akan terus memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan yang dikenal pasti kurang pola pendaftaran dalam PADU, seperti kawasan luar bandar dan golongan kurang celik digital, bagi memastikan isu keciciran subsidi dapat ditangani,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya