Tun Musa Hitam alami masalah kesihatan

Tun Musa Hitam alami masalah kesihatan

TUN MUSA HITAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Veteran politik, Tun Musa Hitam dilaporkan mengalami masalah kesihatan serius susulan kecederaan yang dialami akibat terjatuh di rumahnya.   

Perkara itu disahkan sendiri oleh Musa menerusi WhatsApp secara ringkas berhubung perkara itu.

“Sihat..tetapi tidak berapa sihat,” katanya ringkas.

Turut ditanya adakah kecederaan yang dialaminya itu serius, Musa berkata: “serius.” 

Beliau namun tidak mengulas lanjut berhubung kecederaan yang dialaminya.

Bagaimanapun, salah seorang kenalan rapatnya memberitahu yang veteran politik tersebut mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Jelas sumber lagi, kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu lalu, namun difahamkan beliau kini dalam keadaan stabil.

Musa merupakan Timbalan Perdana Menteri kelima di Malaysia dari 1981 hingga 1986 di bawah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Musa juga sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri pada tahun 1981-1986, selain beberapa jawatan dalam kerajaan seperti Pengerusi FELDA, Timbalan Menteri Perdagangan & Industri, Menteri Perusahaan Utama (1974-1978) dan Menteri Pendidikan (1978-1981). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN