PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat bagi membuktikan sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan. Bekas Perdana Menteri itu juga menafikan beliau terbabit dalam mencipta ketidakstabilan politik selama ini seperti yang kerap dicanang oleh Anwar. “Ia terpulang kepada anda (wartawan) untuk memberi tanggapan sebegitu. Tetapi ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya menang pilihan raya selama lima penggal dengan majoriti dua pertiga. “Rakyat boleh menyingkirkan saya ketika itu jika saya ada melakukan kesalahan, tetapi ia tidak berlaku,” katanya dalam sidang akhbar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya