Tun M yang saya kenali sangat tak suka himpunan - Saifuddin

Tun M yang saya kenali sangat tak suka himpunan – Saifuddin

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau bersimpati dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang masih gagah untuk menghadiri himpunan seperti di pekarangan Istana Negara semalam walaupun dengan keuzurannya.

Menurut Setiausaha Agung PKR itu, Dr. Mahathir yang beliau kenali adalah seorang individu yang tidak gemar untuk menghadiri sebarang bentuk himpunan.

“Himpunan itu juga turut dihadiri oleh bekas Perdana Menteri, saya pun simpati dengan keuzuran dia, dia berjalan juga, turut bersama dalam himpunan (itu).

“Tun M yang saya kenali, pantang dia dalam kehidupan politiknya adalah berhimpun, itu dia punya pantang nombor satu, sangat tak suka himpunan.

“Tapi semalam dia gagah juga, saya pun simpati juga lah,” katanya menerusi satu sidang akhbar khas di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan bekas Perdana Menteri itu merupakan antara yang hadir dalam himpunan ‘Selamatkan Tanah Air Kita, Suara Rakyat ke Istana Negara’ di pekarangan Istana Negara.

Himpunan yang dianjurkan oleh sekretariat Pembela Tanah Air (PETA), mewakili tiga wakil gabungan badan bukan kerajaan (NGO) itu dipercayai untuk menyerahkan memorandum yang mengandungi pelbagai tuntutan membabitkan isu semasa negara ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya