Tuduhan rasuah Agong fitnah tak masuk akal - Muhyiddin

Tuduhan rasuah Agong fitnah tak masuk akal – Muhyiddin

muhyiddin
MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) menyifatkan tuduhan bahawa gabungan itu merasuah Yang di-Pertuan Agong sebanyak RM1 bilion untuk menjatuhkan kerajaan sebagai satu fitnah melulu yang jelek, keterlaluan dan tidak masuk akal.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, fitnah jahat itu disambut pula oleh beberapa tokoh Pakatan Harapan (PH) termasuk yang berjawatan di dalam kerajaan. 

“Saya percaya mereka yang membuat dan menyebar fitnah ini melakukan kesalahan berat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan. 

“Laporan polis dibuat oleh Datuk Seri Hamzah Zainuddin selaku Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung Perikatan Nasional supaya mereka yang berkenaan disiasat dan diambil tindakan tegas,” katanya dalam kenyataan. 

Justeru, Muhyiddin mengingatkan, pemimpin PH dan konco-konconya supaya tidak mengheret institusi Raja Berperlembagaan dalam taktik fitnah politik yang amat jahat dan kotor itu. 

“Janganlah memfitnah orang lain semata-mata untuk menutup pekung kelemahan dan kegagalan diri sendiri.

“Malaysia mempunyai peruntukan tertentu di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan cara-cara serta kaedah yang sah dalam pelantikan Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan,” katanya. 

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Perlembagaan Persekutuan membenarkan sebuah kerajaan dibentuk sama ada melalui pilihan raya atau di luar pilihan raya, iaitu apabila atas apa jua sebab Perdana Menteri meletak jawatan. 

“Peruntukan Perlembagaan ini mestilah dipatuhi dalam menentukan sebarang pembentukan atau pertukaran kerajaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya