Tolonglah sayang pahala kalian, hidup kita tak lama mana - Syada Amzah - Utusan Malaysia

Tolonglah sayang pahala kalian, hidup kita tak lama mana – Syada Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Jika cakap pasal saya boleh membuat anda dapat wang, sila berbuat demikian. Tetapi itu jika anda jenis tak kisah pasal keberkatan hidup.”

Demikian luahan penyanyi, Syada Amzah yang ketika ini sering menjadi mangsa kecaman segelintir warganet seolah-oleh tidak berpuas hati dan sentiasa mencari salahnya walau apa sahaja yang dimuat naik di media sosial.

Jelas Syada yang juga adik kepada penyanyi, Shila Amzah, dia tidak keberatan untuk menjadi ‘mangsa kecaman’ sekiranya perbuatan tersebut membawa keuntungan kepada segelintir warganet.

“Kita sudah masuk 2024, tolonglah sayang pahala kalian. Hidup kita semua sudah tidak lama mana, saya sendiri menuju tua. Hargailah masa berharga anda semua.

“Terima kasih kepada semua yang memberi ucapan selamat hari lahir, yang doa baik-baik. Semoga kita semua dilindungi Allah,”ujarnya.

Tambah Syada, dia juga tidak ambil peduli sekiranya ada yang mengecam dan melabel wajahnya kelihatan tua.

“Ada cakap gaya tudung saya tak menjadi. Tak baik, cuba hargai hasil kerja orang yang siapkan saya.

Äda juga cakap muka saya nampak tua. Saya masih fikir itu adalah pujian. Saya suka walaupun saya sudah tua, saya masih berjerawat, ia membuatkan saya berasa normal,”ujarnya.

Nama Syada mula menjadi sasaran apabila kakaknya mendedahkan beberapa kemelut keluarga sehingga mencetuskan perbalahan dalam kalangan warganet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya