Tolong orang sampai diri sendiri lingkup, serik dah - Zarina Anjoulie - Utusan Malaysia

Tolong orang sampai diri sendiri lingkup, serik dah – Zarina Anjoulie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Aku ni nampak loud tapi aku senang kena tipu, orang ambil kesempatan. Aku cepat lembut hati. Aku tahu ada kawan-kawan yang ambil kesempatan tapi sebab kesian, aku biar.”

Demikian luahan pelakon, Zarina Anjoulie yang mengakui serik membantu rakan-rakan namun dibalas dengan kekecewaan dan tikam belakang.

Jelas pelakon itu, dia nekad untuk tidak lagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang akhirnya akan menyusahkan hidupnya.

“Tahun ini aku akan berubah, bertahun-tahun aku kawan dengan kawan perempuan. Berkawan lapan tahun tapi dalam lapan tahun tu dia kutuk dan tikam belakang. Spesis wanita macam ni dia busuk hati, dengki dan ‘insecure’.

“Kawan 10 tahun, tidur sekatil, lepak hari-hari tapi dia tetap kutuk dan letak pisau belakang kau. Aku pasti semua pun pernah kena. Inilah masalah perempuan. Tahun ini aku nak kurangkan empati aku, daripada sibuk tolong orang macam ini.

“Banyak lagi rumah anak yatim, orang kelainan upaya (OKU) yang aku boleh tolong. Mana kau tahu aku tak tolong tapi kalau dah sampai tahap diri sendiri lingkup, masih nak tolong?,” ujarnya menerusi satu siaran langsung di media sosial.

Kongsi pelakon Anak Pontianak itu juga, ada segelintir individu yang sememangnya hidup untuk dibantu namun mempergunakan pertolongan itu sehingga tidak mempunyai usaha untuk memperbaiki diri sendiri.

“Setengah orang dia buat-buat gila, dia tak nak pun kena tolong. Sekadar saja nak ambil kesempatan. Adakah berbaloi kita tolong orang tapi diri kita sendiri jatuh kena heret?

“Kau boleh bagi segunung belian, tapi kalau orang tak nak diselamatkan, dia tetap tak nak lepas itu nama kau busuk dan kau juga jahat.

Dedah pelakon itu lagi, dia pernah membantu rakan pelakon yang berdepan masalah namun tetap menerima padah apabila dikaitkan dengan dakwaan dan fitnah yang memburukkan namanya.

“Kalau kau ambil berat sangat pasal dia pergilah tolong jangan cakap sahaja. Masa aku cakap aku nak tolong dia, aku tolong.

“Ada satu malam dia telefon aku, aku pergi tengok dia dari Nilai naik grab sebab kesiankan kawan aku. Siapa pengikut lama aku dia tahulah,” dedahnya yang seolah-olah merujuk kepada pelakon, Fathia Latiff. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya