Tokoh kenamaan, 'jerung' tidak lagi terlepas - Anwar

Tokoh kenamaan, ‘jerung’ tidak lagi terlepas – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memberi amaran bahawa ‘tokoh kenamaan’ dan ‘jerung’ (sindiket dadah) tidak akan terlepas daripada sebarang siasatan rasuah dan jenayah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan (membanters rasuah dan dadah secara besar-besaran) itu jarang berlaku dalam mana-mana negara, apatah lagi negara membangun.

Beliau berkata, kerajaan akan bertindak tegas dalam hal itu tidak kira apa latar belakang sekali pun.

“Kamu curi dana negara, kamu punggah kekayaan negara, sama ada kamu Perdana Menteri, Menteri Kewangan, menteri-menteri, kamu ingat, kita terpaksa bertindak dengan tegas untuk menyelamatkan negara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) di sini hari ini.

Katanya, beliau memuji kegigihan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam melawan rasuah termasuk menyiasat tokoh dan individu tanpa mengira pangkat.

Jelasnya lagi, ketegasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di dalam membanteras sindiket dadah terbesar di Sabah juga wajar dipuji.

“Ratusan ribu anak terlibat dengan dadah berbelanja ratusan juta ringgit. Sukar diambil tindakan terhadap tauke dan pengedar besar. ‘Salute’ kepada PDRM,” katanya.

Tahun lalu menyaksikan beberapa tokoh perniagaan dan bekas menteri kanan antara kenamaan yang disiasat SPRM berhubung penyelewengan dana negara bernilai lebih RM 2.3 bilion.

Sementara bulan lalu pula, PDRM berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah, yang disyaki mula beroperasi sejak 2015.

Dalam operasi itu ketua sindiket bergelar Datuk antara 10 individu ditahan di dalam operasi khas berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya