Tinggal 782 mangsa banjir di Terengganu - Utusan Malaysia

Tinggal 782 mangsa banjir di Terengganu

SEORANG penduduk melihat barangan rumahnya yang rosak akibat banjir di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun, Dungun, semalam. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Banjir di Terengganu bertambah baik dengan mangsa terus menurun kepada 782 orang daripada 228 keluarga setakat pukul 8 pagi ini berbanding 1,057 orang daripada 307 keluarga pada 4 petang semalam.

Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup iaitu Balai Raya Rantau Panjang, Dewan Serbaguna Bukit Merah dan Balai Raya Kampung Dendang setelah mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, ketika ini hanya terdapat enam PPS masih beroperasi di Dungun.

Katanya, mangsa banjir di Dewan Serbaguna Kampung Shukor kekal tidak berubah iaitu seramai 226 orang daripada 61 keluarga manakala di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, terdapat 247 orang daripada 96 keluarga diikuti Masjid Jamek Kampung Jongok Batu (126 orang, 24 keluarga).

“Selain itu Dewan Serbaguna Kampung Paya Kemudi juga kekal dengan 75 orang (19 keluarga), Dewan Masjid Serdang (74 orang, 22 keluarga) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Pulut (34 orang, enam keluarga),” katanya ketika dihubungi pagi ini.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan tiada sungai yang melepasi paras bahaya setakat pukul 8 pagi ini.

Semua sungai telah kembali ke paras yang normal kecuali stesen bacaan Sungai Terengganu di Kampung Dura dan Jambatan Kuala Berang yang masih melepasi paras berjaga-jaga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya