Tiga pemandu mabuk ditahan polis

Tiga pemandu mabuk ditahan polis

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga pemandu termasuk seorang lelaki warga emas ditahan dalam Operasi Mabuk yang dijalankan di sekitar Ampang Jaya, di sini  malam kelmarin dan malam tadi.

Operasi bermula 9.45 malam hingga 12 tengah jalan itu dijalankan sepasukan anggota dari Unit Penguatkuasaan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, lelaki berusia 50 hingga 65 tahun itu ditahan selepas ujian pernafasan mendapati kandungan alkohol dalam tubuh mereka melebih paras dibenarkan.

Katanya, dua lelaki masing-masing berusia 50 dan 55 tahun ditahan dalam Operasi Mabuk di Jalan Pandan Indah malam kelmarin.

“Seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun ditahan dalam operasi di Jalan Pandan Utama malam tadi.

“Ketiga-tiga individu ini ditahan atas kesalahan memandu kenderaan bermotor dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan mengikut peruntukan Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kesemua tangkapan bersama kenderaan masing-masing dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya untuk siasatan lanjut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya