Tiga lelaki warga Bangladesh ditahan ceroboh kediaman

Tiga lelaki warga Bangladesh ditahan ceroboh kediaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Tiga lelaki warga asing ditahan polis malam tadi selepas didapati menceroboh sebuah unit kediaman di Putra Perdana, Puchong.

Lelaki warga Bangladesh berusia antara 21 hingga 30 tahun itu ditahan pukul 9 malam tadi selepas laporan polis dibuat pemilik kediaman.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan polis dibuat pemilik kediaman kira-kira 3.20 petang semalam di Balai Polis Ayer Putih, Kemaman, Terengganu.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa menahan tiga lelaki berkenaan kerana didapati menceroboh kediaman itu.

“Tangkapan dibuat pukul 9 malam tadi dan suspek ditahan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan. Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati, suspek menceroboh masuk ke kediaman itu sejak dua bulan lalu malah, turut merosakkan kunci rumah asal dan menggantikan dengan yang baharu.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki terkejut apabila mendapati rumah rakannya yang dibiarkan kosong selama 10 tahun diceroboh warga asing.

Lelaki berkenaan turut berkongsi kisah itu menerusi akaun Facebook selepas diminta rakannya untuk menjual unit kediaman itu.

Dia bagaimanapun terkejut selepas mendapati kediaman itu diduduki tiga lelaki warga asing sedangkan kediaman itu sepatutnya tidak berpenghuni malah, tidak pernah disewakan oleh pemiliknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya