Tiga kereta Ahli Parlimen Beruas terbakar - Utusan Malaysia

Tiga kereta Ahli Parlimen Beruas terbakar

KEADAAN kereta milik Ngeh Koo Ham yang terbakar di kediamannya di Ayer Tawar dekat Beruas hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERUAS: Sebuah kereta milik Datuk Ngeh Koo Ham musnah manakala dua lagi rosak dalam kebakaran di garaj kediaman Ahli Parlimen Beruas itu di Ayer Tawar, dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, kereta Mercedes Benz E300 terbakar 80 peratus manakala Honda CRV dan Toyota Hilux masing-masing mengalami lima peratus kebakaran.

Turut terbakar ialah siling dan bumbung garaj kediaman di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar, Mohd. Zaki Mokhtarmin, memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.05 pagi dan mengerahkan tujuh anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba diketuai komander operasi, Tarmizi Abdul Ghani, tiba ke tempat kejadian tujuh minit kemudian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pasukan itu kemudian melakukan pemadaman api menggunakan air dan ‘foam’ sebelum kebakaran itu berjaya dikawal pada pukul 3.40 pagi.

Beliau menjelaskan, kebakaran itu tidak melibatkan sebarang mangsa dan ketika kejadian, Koo Ham dan isteri berada di rumah tersebut.

Jelas beliau, operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 4.44 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Difahamkan, Koo Ham turut membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya