Tiga bekas Menteri Besar dilantik Penasihat UMNO Terengganu - Utusan Malaysia

Tiga bekas Menteri Besar dilantik Penasihat UMNO Terengganu

ROZI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tiga bekas Menteri Besar merupakan antara empat individu yang dilantik sebagai Penasihat UMNO Terengganu, semalam

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat berkata, tiga bekas Menteri Besar itu ialah Tan Sri Idris Jusoh, Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Dr. Ahmad Razif Abd. Rahman.

Katanya, seorang lagi individu yang dilantik sebagai Penasihat UMNO Terengganu ialah calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman lalu, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

“Pelantikan tersebut diumumkan sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, semalam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Rozi yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu dilantik sebagai Pengerusi UMNO Terengganu menggantikan Ahmad Said pada 7 Disember lalu.

Rozi memberitahu, Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku pula kekal memegang jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu.

Menurutnya, kekosongan jawatan Setiausaha UMNO Terengganu yang disandangnya sebelum ini akan disandang oleh Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Muhammad Pehimi Yusof

Sementara itu, katanya, Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Sabri Mohd. Noor dilantik sebagai Bendahari manakala Ketua UMNO Bahagian Kuals Terengganu Datuk Mohd. Sabri Alwi pula memegang tugas Ketua Penerangan.

Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Din Adam yang merupakan Pengarah Strategik juga merangkap Pengerusi Biro Keahlian dan Perlembagaan.

Jelasnya, Ahmad Razif juga dilantik sebagai Pengerusi Biro Ekonomi dan Usahawan.

“Penyusunan ini melibatkan beberapa pertukaran jawatan baru dan ianya akan memenuhi keperluan semasa parti.

“Insya-Allah, UMNO Terengganu dengan kepimpinan yang ada hari ini dapat melangkah ke hadapan dengan penuh strategik serta bermanfaat kepada ahli-ahli dan juga seluruh rakyat Negeri Terengganu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya