Tidak sukar cari makanan halalan toyyiban di Sabah

Tidak sukar cari makanan halalan toyyiban di Sabah

MOHD ARIFIN MOHD ARIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tidak sukar hendak mencari makanan halalan toyyiban di Sabah kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam negeri Sabah, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif mengenai isu tular bahawa sukar mencari makanan halalal toyibban di Sabah.

Beliau berkata, ratusan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah dikeluarkan di negeri ini.

“Kalau kita sudah banyak logo halal bererti banyaklah sudah (premis) halal di sini. Jadi, kita perlu berhati-hati dalam hal ini.

“Sekiranya ada apa-apa kekeliruan, kita boleh rujuk kepada Majlis Ugama Islam Sabah (Muis), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jakim.

“Tidak susah (cari makanan halal toyyiban) kecuali kita mahu rasa susah, susahlah,” katanya semasa majlis penyampaian bantuan pendidikan, di sini semalam.

Menurut beliau, Sabah mempunyai Majlis Halal Hab di bawah Muis dan Jawatankuasa Majlis Halal Hab itu dipengerusikan sendiri oleh beliau.

Malah katanya, Muis Halal Hab bersama Jakim sentiasa memastikan halalal toyyibban terus diperkasakan di Sabah.

Mohd. Arifin berkata, salah satu fokus mereka pada tahun ini adalah untuk memperkasa halal Muis.

Katanya, dari masa ke semasa, beliau dan pembantu menteri dan Yang Dipertua Muis akan melakukan pemantauan mengenai perkara ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya