PETALING JAYA: Suami pelakon, Amyza Aznan tidak ditidurkan buat kali kedua berikutan keadaannya yang kurang baik.
Jelas Amyza, suaminya, Khairil Idzhar Md Nazir, 49, bagaimanapun perlu menjalani dialisis seumur hidup selepas mengalami kerosakan buah pinggang.
“Memang doktor cadang untuk tidurkan suami saya untuk kali kedua, tetapi dibatalkan sebab keadaannya yang kurang baik.
“Namun suami saya perlu jalani dialisis seumur hidup. Buah pinggangnya sudah rosak sepenuhnya . Toksin juga sudah memenuhi keseluruhan badan,” ujarnya.
Terdahulu, Khairil Idzhar dilaporkan sudah sedar selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang sejak 25 Disember lalu.
Dalam pada itu, Amyza turut memaklumkan suaminya kini sudah sedar tetapi masih dalam keadaan lemah.
“Dia dah sedar, tapi lemah lagi. Semalam keadaannya agak merisaukan,” katanya.