The Rose kembali ke Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

The Rose kembali ke Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan indie Korea Selatan popular, The Rose akan kembali ke Malaysia demi mengubat rindu peminat menerusi konsert The Rose Dawn to Dusk Tour di Kuala Lumpur 2024 pada 31 Januari depan.

Konsert anjuran Lo-Fi Entertainment itu bakal menggegarkan Mega Star Arena Kuala Lumpur selain akan menjelajah ke beberapa negara di Asia Tenggara dan seluruh Amerika Utara, Eropah serta Asia.

Menerusi konsert yang dijangka berdurasi hampir dua jam itu, The Rose akan menghiburkan para peminat yang dikenali sebagai ‘Black Roses’ dengan rangkaian lagu-lagu hit mereka antaranya Back to Me, Red, She’s in the Rain dan Sorry.

Kumpulan yang dianggotai oleh Kim Woosung (vokal/gitar), Park Dojoon (keyboard/vokal), Lee Hajoon (dram) dan Lee Jaehyeong (bass) juga bakal mempersembahkan lagu-lagu daripada album mereka seperti Heal dan Dual.

Tiket untuk menonton konsert The Rose Dawn to Dusk Tour di Kuala Lumpur 2024 akan mula dijual esok menerusi www.ticketingtix.com bermula pada RM298 sehingga RM898.

Bagi pembelian tiket VIP (RM898), 300 pembeli pertama akan dapat kemasukan awal untuk menonton secara eksklusif raptai dan beberapa cenderahati lain.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya