Terus taat setia kepada Sultan Ibrahim 

Terus taat setia kepada Sultan Ibrahim 

ANWAR Ibrahim membacakan kandungan surat perisytiharan di Istana Negara hari ini dan bermulanya secara rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Ketua Utama Negara baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia akan terus memberi ketaatan dan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar serta Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. 

Perdana Menteri turut merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah kepada kedua-dua Seri Paduka yang memulakan pemerintahannya selama lima tahun, selepas melafaz sumpah memegang jawatan dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara hari ini. 

“Patik (Anwar) dan sekalian rakyat akan terus memberi ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Duli Tuanku.

“Patik dan sekalian rakyat juga mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga Duli Tuanku serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Daulat Tuanku!,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN