Tertangguh sejak zaman BN, masjid perlukan dana RM4.7 juta

Masjid perlukan dana RM4.7 juta

MASJID Al-Falah, Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang mampu menampung kehadiran 5,000 jemaah pada satu-satu masa.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DANA berjumlah RM4.7 juta diperlukan bagi menyiapkan Masjid AlFalah, Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang, yang tergendala pembinaannya sejak lapan tahun lalu. 

Ahli Jawatankuasa Pembangunan Masjid Baharu, Mohd. Nasir Mohd. Noor, berkata, pihaknya amat mengalu-alukan sumbangan daripada mana-mana syarikat korporat, jabatan atau individu tertentu bagi merealisasikan impian untuk melihat masjid siap dibina hujung tahun ini. 

Dana berkenaan membabitkan kos pembelian permaidani yang mencecah harga ratusan ribu ringgit, pemasangan sistem siar raya, kerja-kerja elektrik, pendingin hawa dan kemasan lain. 

“Pihak pengurusan turut menanggung kos liabiliti akibat tunggakan hutang kepada pihak kontraktor yang mengendalikan projek sejak tujuh tahun lalu. 

“Projek pembangunan ini bermula pada November 2016, dan berjalan mengikut jadual. Secara keseluruhannya, kerjakerja  zikal mencapai 95 peratus sehingga pandemik Covid-19 melanda pada 2019 menyebabkan pengumpulan dana dan kerja-kerja  zikal tergendala,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di tapak pembinaan berkeluasan 1.7 hektar, baru-baru ini. 

Ujarnya, pada asalnya masjid berkenaan dibina dengan bergantung harap pada sumbangan orang ramai semata-mata, bermula dengan dana kutipan tabung wakaf RM1.6 juta ketika itu. 

Kerajaan Persekutuan ketika zaman Barisan Nasional (BN) memerintah pernah menyalurkan dana RM3 juta dan berjanji untuk memberikan RM2 juta lagi. 

Namun, selepas BN kalah pada 2018 (Pilihan Raya Umum Ke-14), projek sekali lagi tergendala. 

PENDUDUK BERTAMBAH 

Pihak juru perunding membuat anggaran kos keseluruhan pembinaan masjid berjumlah RM18 juta. 

Sehingga sekarang, jelasnya, kos pembangunan masjid sudah mencecah RM14 juta merangkumi pelbagai aspek. 

Antaranya adalah pembinaan empat menara, pemasangan mimbar, pintu utama berkonsepkan Masjid Nabawi di Madinah, dewan serbaguna, perpustakaan, pemasangan lif yang boleh memuatkan troli jenazah serta kerja-kerja kemasan lantai tempat letak kereta. 

“Hiasan di bahagian mihrab masjid pula berkonsepkan Asia Barat dengan pelukis yang diimport khas dari Uzbekistan, manakala, seramai enam pelukis dari Indonesia diterbangkan menghasilkan lorekan corak awan dan khat di bahagian kubah. 

“Ukiran kayu di bahagian pemegang tangga dan penghadang di ruang solat atas pula diukir pengukir dari Terengganu,” kongsinya. 

JEMAAH BERTAMBAH 

Masjid baharu yang hanya terletak dalam jarak lima meter dari lokasi masjid lama, katanya, perlu disiapkan segera kerana keperluan menampung jemaah yang semakin bertambah serta ketidakselesaaan ruang solat di masjid lama yang tertubuh sejak 1970. 

Jelasnya, bilangan penduduk dan perumahan juga semakin rancak dibangunkan di kawasan sekitar Kampung Sungai Ramal Dalam, apatah lagi kawasan ini sangat strategik yang menghubungkan laluan ke Bandar Baru Bangi. 

“Masjid lama hanya mampu menampung 900 jemaah berbanding kapasiti baharu yang mampu memuatkan 5,000 jemaah pada satu-satu masa. Ruang solat baharu juga tidak mempunyai sebarang tiang yang menjadikan ia kelihatan lebih luas,” katanya. 

Derma boleh disalurkan ke Akaun Pembangunan Baru Masjid Al Falah, 1067 1000 3534 (Affin Bank) atau hubungi masjid di 03-89222141 untuk sebarang pertanyaan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya