Tentera tubuh lembaga siasatan kes tiga anak tentera lemas 

Tentera tubuh lembaga siasatan kes tiga anak tentera lemas 

MUHAMMAD Hafizuddeain Jantan pada sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 198/23 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson, hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Tentera Darat Malaysia (TDM) akan menubuhkan sebuah Lembaga Siasatan bagi menyiasat kejadian tiga anak tentera di sebuah kem tentera di Temerloh, Pahang yang ditemukan mati lemas dalam kolam latihan, semalam.

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, lembaga siasatan itu akan mengenal pasti punca-punca berlakunya insiden tersebut terutama bagaimana kesemua mangsa melepasi pagar yang mengelilingi kolam latihan berkenaan.

Katanya, turut dikenal pasti ialah saksi-saksi yang boleh membantu memberi keterangan sama ada punca insiden tersebut adalah dari segi kelemahan pengawalan atau sebaliknya.

“Apakah kelemahan dari segi pengawalan atau pagar perlu diganti baharu lebih tinggi atau pagar antipanjat. Lembaga siasatan ini akan meneliti pelbagai sudut,” katanya selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 198/23 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, seramai 1,436 perajurit muda diraikan selepas tamat latihan asas ketenteraan selama enam bulan.

Semalam, dua kanak-kanak dan seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas disyaki mandi di kolam latihan kereta kebal sedalam kira-kira 2.1 meter di sebuah kem tentera di Temerloh.

Dalam kejadian tersebut, tiga mangsa terkorban ialah Amar Mukhlis Mohd. Anizan, 13, serta Aiman Syafiq Sudirman dan Muhammad Shafiq Aswad Shahril Naim, kedua-duanya berumur 11 tahun.

Kejadian itu disedari selepas seorang rakan mangsa meminta tolong daripada anggota tentera sekitar pukul 5.30 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya