Tenang-tenang saja, tak lari gunung dikejar  - Hamzah

Tenang-tenang saja, tak lari gunung dikejar  – Hamzah

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ‘mengusik’ beberapa pemimpin Kerajaan Perpaduan yang didakwanya kelihatan tidak tenang dengan perkembangan semasa politik tanah air.

Dalam hantaran di Facebooknya, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, ada pihak yang tidak sedang duduk dan gelisah dengan situasi politik terkini.

Sedangkan katanya, beliau dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Radzi Jidin sedang tenang bermesyuarat bersama Badan Perhubungan Bersatu Wilayah.

“Sehari dua ini, saya dengar ramai yang tak senang duduk, gelisah semacam.

“Ada yang berlari ke IJN (Institut Jantung Negara), ada yang ke Sabah. Tenang-tenang saja, tak lari gunung dikejar itu,” katanya dalam hantaran tersebut.

Usikan itu dipercayai merujuk kepada pemimpin Kerajaan Perpaduan iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan melawat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang ketika ini mendapatkan rawatan di IJN.

Bagaimanapun, difahamkan, Perdana Menteri tidak dapat bertemu Ahli Parlimen Marang itu kerana sedang mendapatkan rawatan dialisis dan dinasihatkan untuk tidak menerima tetamu.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO pula dilaporkan terbang ke Kota Kinabalu, Sabah dipercayai untuk menyelesaikan kemelut politik membabitkan UMNO di negeri tersebut.

Suasana politik di tanah air ‘berkocak’ susulan pendedahan ‘Langkah Dubai’ yang didakwa didalangi Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Ia kemudiannya disahkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang mendakwa PN sudah mempunyai cukup akaun bersumpah (SD) dan kerajaan akan tumbang pada bila-bila masa sahaja. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya