Teman lelaki Bella antara 3 suspek direman

Teman lelaki Bella antara tiga suspek direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Polis mengesahkan teman lelaki Bella antara tiga individu yang direman bagi membantu siasatan penemuan rangka manusia yang ditemukan di dalam sebuah bilik rumah terbiar di Jalan Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, lelaki berusia 24 tahun yang bekerja di sebuah syarikat kurier itu ditahan reman bersama dua lagi suspek masing-masing berusia lingkungan 20-an hingga 40 tahun.

Katanya, ketiga-tiga suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Ya, salah seorang suspek iaitu suspek utama adalah teman lelaki kepada Mila Sharmila Samsudah, 32, yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu.

“Kesemua mereka direman selama tujuh hari sehingga 27 Januari untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, Ismail memaklumkan sampel patalogi rangka manusia yang ditemui kira-kira 2 petang semalam sudah diambil dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa bagi mendapatkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Katanya, ujian DNA dijalankan bagi mengenal pasti identiti rangka yang ditemui terbabit.

Sebelum ini, polis mengesahkan menahan reman teman lelaki kepada ibu tunggal dua anak itu pada 25 Disember tahun lalu sebelum dibebaskan selepas tempoh tahanan reman tamat pada 30 Disember atas jaminan Polis.

Bella dilaporkan hilang keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya pada pukul 11.50 malam pada 14 Disember lalu dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap, untuk mencuci pakaian di kedai dobi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya