Tekong, awak-awak didakwa seludup PATI

Tekong, awak-awak didakwa seludup PATI

Seorang tekong dan awak-awak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Melaka atas pertuduhan menyeludup PATI hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang tekong dan awak-awak kapal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup seorang warga Indonesia, minggu lalu.

Tertuduh, Ramlan Mispan, 59, dan Harun Mispiran, 56, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh sebagai operator bot nelayan bernombor pendaftaran SLS 6038 telah mengangkut migran yang diseludup iaitu seorang warga Indonesia Koirul Anam, 49.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 12.27 pagi di kedudukan 02’21.531 utara 101’41.801 timur dalam perairan Malaysia pada jarak 9.5 batu nautika dengan daratan paling hampir iaitu Tanjung Tuan, Melaka pada 19 Januari 2024.

Sabit kesalahan mereka berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun dan juga boleh dikenakan denda maksimum RM250,000 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 (Akta 670) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, L. Ashok tidak menawarkan jaminan manakala kedua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 11 Mac ini untuk sebutan semula kes dan permohonan kebenaran untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya