Bangsawan Geliga Panca Sakti angkat kisah permaisuri Raja

Teater Bangsawan Geliga Panca Sakti angkat kisah pencarian permaisuri Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pementasan teater Bangsawan Geliga Panca Sakti yang merupakan kisah mengenai pencarian permaisuri pertama Raja Darius yang telah hilang setelah perkahwinannya tidak mendapat restu daripada ayah dan bondanya.

Pementasan teater berkenaan  yang ditulis serta diarahkan oleh Fairul Pujangga itu bakal berlangsung  26 dan 27 Januari ini di Dewan Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB) di ibu negara.

Pementasan teater ini merupakan salah satu usaha bagi membuka peluang kepada murid Sekolah Seni Malaysia (SSEMKL) untuk menimba pengalaman mereka ke dalam bidang pementasan yang sebenar.

Selaku pengarah Fairul berkata, pementasan tersebut merupakan projek akhir bagi subjek teater yang sebelum ini menjayakan bidang seni tari yang dinamakan Gema Karya dan juga muzik iaitu Bentala Seni.

Tambahan pula, Teater Bangsawan ini merupakan projek akhir bagi amali Lakonan Dan Pengurusan Produksi subjek Seni Teater yang menggabungkan murid tingkatan satu hingga tingkatan empat bidang seni teater.

“Menariknya, projek ini mendapat kerjasama kreatif daripada bidang Seni Tari, Seni Muzik Dan Seni Visual untuk aspek artistik yang lain seperti tarian, muzik dan nyanyian serta set dan props, “ ujarnya

Selain itu, Teater Bangsawan Geliga Panca Sakti dianjurkan oleh pelajar bidang teater SSEMKL dan kerjasama DBP KL.

Teater berkenaan mengangkat kisah pencarian permaisuri pertama Raja Darius yang telah hilang setelah perkahwinan raja itu tidak mendapat restu ayahanda dan bondanya suatu masa dahulu.

Dalam masa yang sama, isteri pertama raja itu telah menyamar menjadi nenek Embun Dan tinggal secara rahsia di negeri Seludang Mayang Dan meninggalkan anaknya yang masih bayi,  Putih Arjuna di satu kawasan hutan. 

Anak kecil itu ditemukan oleh raja Darius- lalu dibelanya hingga menjadi seorang panglima di negeri itu.

Setelah dewasa, mereka yg terus mencari keluarga pertama raja Darius telah dikhianati oleh Bendahara Prahara Dan isteri kedua bersama-sama anak tirinya yang mahu merampas takhta. 

Onar yang dibuat oleh tiga pengkhianat itu menyebabkan raja gering …

Dalam pada itu menurut pengetua yang juga penaung projek, Suriyani. Ab Ghani pementasan ini merupakan pementasan akhir bagi subjek teater Dan sebelum ini, bidang Seni Tari telah pun selesai menjalani projek akhirnya yang diberi nama Gema Karya manakal bidang muzik pula menjalankan konsert muzik  Bentala Seni pada November  hingga Disember tahun lalu. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya