Tarian poco-poco Agong, Raja Permaisuri cuit perhatian ramai

Tarian poco-poco Agong, Raja Permaisuri cuit perhatian ramai

TANGKAP layar menerusi perkongsian di media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemeriahan Majlis Santapan Diraja Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha Rosnah yang berlangsung malam kelmarin mencuri perhatian seluruh dunia.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, kelihatan beberapa kerabat termasuk pengantin diraja sedang menari tarian poco-poco bagi meraikan pasangan sejoli itu.

Poco-poco adalah tarian tradisional yang dianggap sebagai tarian senaman melibatkan gerakan sederhana dan dapat dilakukan secara individu atau dalam kelompok.

Tular di media sosial apabila tarian tersebut turut dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Raja dan Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika majlis berlangsung.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja dan terhibur melihat gelagat kerabat diraja yang menari tarian poco-poco dan ada juga yang memuji kecekapan Seri Paduka Baginda mengikut irama lagu.

“Masing-masing menghayati tarian poco-poco itu. YDPA nampak paling lincah dan bertenaga,” komen @nishayeoh00.

Steady Agong dan Permaisuri ikut menari. Nampak baginda berdua seronok sangat. Terbaiklah Agong kesayangan kita semua,” tulis @ahmadazeembakri_

“Tak sabar nak tunggu Tengku Hassanal kahwin. Mesti ada tarian poco-poco juga. Kemeriahan majlis tu kita dah dapat rasa walaupun tak tahu bila ia bakal berlangsung,” komen @idavogue.

Video berkenaan tular di media sosial dan telah meraih lebih 2 juta tontonan dan hampir 180,000 tanda suka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya