SABAK BERNAM: Seekor tapir yang patah kaki diselamatkan dalam tempoh lebih tiga jam selepas terperangkap di Jalan Parit 16, Sungai Panjang di sini, semalam. Kejadian pukul 5.30 petang itu melibatkan tapir seberat lebih 250 kilogram (kg) yang cedera dipercayai akibat dilanggar kenderaan. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sabak Bernam, Mohd. Hairi Ibrahim berkata, sepasukan lima anggota dari Sabak Bernam bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan. Katanya, pemeriksaan mendapati seekor tapir mengalami kecederaan patah kedua-dua kaki belakang. “Anggota APM kemudian menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya