Tanah runtuh: Mangsa ketiga dijumpai - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: Mangsa ketiga dijumpai

ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat membawa keluar mayat mangsa ketiga kejadian tanah runtuh di Blue Valley di Cameron Highlands hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Seorang lagi mangsa kejadian tanah runtuh di kawasan kebun sayur di Kampung Batu 59, Kampung Raja semalam, ditemukan pada pukul 12.15 tengah hari tadi.

Penemuan itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia ketika ini seramai tiga orang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli berkata, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu dijumpai pasukan penyelamat di sektor D.

Katanya, lelaki terbabit dijumpai pada kedalaman 1.5 meter di bawah runtuhan tanah berhampiran mayat mangsa pertama di sektor C, semalam.

“Kedudukan mangsa terbabit berjaya dikesan oleh anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9). Lelaki tersebut dijumpai berhampiran mangsa pertama.

“Setakat ini, identiti mangsa terbaru itu masih belum dikenal pasti. Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Syed Ahmad Khirulanwar Al-Yahya Syed Abdul Rahman dan Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Md Gezani Md Ghazi.

Menurut beliau, pihaknya telah pun mengenal pasti identiti dua mayat lelaki yang ditemukan semalam sebagai Law Ha Phey, 36, dan Ki Shing Om, 48.

“Bahagian D10 (Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah) Bukit Aman sedang mengenal pasti identiti mangsa ketiga ini.

“Operasi mencari baki dua mangsa lagi sedang dijalankan dengan kekuatan 169 anggota daripada pelbagai pasukan keselamatan termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (Storm),” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya