PETALING JAYA: Kerajaan perlu membuka lebih banyak peluang kepada pegawai perubatan khususnya dalam kalangan kontrak bagi mengisi slot latihan kepakaran terutamanya dalam bidang onkologi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, jurucakap Hartal Doktor Kontrak (HDK) berkata, slot latihan kepakaran tersebut perlu dibuka lebih banyak berbanding kuota yang sedia ada kini. Menurutnya, ini kerana kuota latihan kepakaran onkologi sedia ada agak terhad berdasarkan beberapa faktor seperti bilangan hospital pengajar kepakaran onkologi yang terhad. “Hartal mengambil maklum dengan perkembangan terbaru berkenaan situasi itu dan turut mengakui Malaysia bakal berhadapan dengan krisis perawatan kes kanser…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya