Takiyuddin sifatkan kenyataan Zahid sebagai terdesak

Takiyuddin sifatkan kenyataan Zahid sebagai terdesak

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar satu Rang Undang-undang (RUU) digubal bagi menghalang pertukaran kerajaan di luar Pilihan Raya Umum (PRU) disifatkan kenyataan orang terdesak.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu tertanya-tanya apakah faktor mendorong Zahid membuat cadangan sedemikian sedangkan Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim berkali-kali mendakwa kerajaan pimpinannya mendapat sokongan lebih dua pertiga di parlimen.

“Adakah Zahid tidak yakin dengan dakwaan itu atau apakah beliau begitu terdesak untuk kekal berkuasa sehingga bersedia untuk membelakangkan Perlembagaan dan demokrasi sama seperti yang dilakukannya bagi mempertahankan kedudukan sebagai presiden Umno walaupun berlawanan dengan keputusan majoriti ahli dan akar umbi parti tersebut?” soalnya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Zahid semalam yang menyarankan agar RUU khusus dibentang untuk menghalang sesebuah gabungan ataupun mana-mana parti dominan yang membentuk kerajaan ditumbangkan di pertengahan penggal.

Takiyuddin menegaskan pertukaran kerajaan di luar PRU dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di semua negara, dengan syarat pihak-pihak yang mencabar kerajaan dapat membuktikan sokongan majoriti yang diterimanya.

“Perlembagaan adalah sangat jelas dalam hal ini dan telah dimaklumi semua bahawa syarat sokongan majoriti ini menjadi asas pembentukan sebuah kerajaan secara sah sama ada susulan PRU atau pada bila-bila masa lain.

“Ia juga merupakan syarat asasi bagi memperoleh perkenan Yang Di-Pertuan Agong untuk melantik menurut budi bicara Baginda seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43(2)(a) Perlembagaan,” katanya.

Pada 11 Jan lalu, Anwar berkata pembangkang tidak mempunyai kekuatan untuk meneruskan usaha menumbangkan kerajaan pusat sedia ada dengan memulakan undi tidak percaya di Parlimen.

Anwar berkata ini terbukti kerana sehingga sekarang, pembangkang tidak membawa usul seumpama itu sepanjang setahun Kerajaan Madani. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya