Tak kenal siapa saya, tetapi pilih untuk benci - Sophia Albarakbah - Utusan Malaysia

Tak kenal siapa saya, tetapi pilih untuk benci – Sophia Albarakbah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya hidup dengan prinsip, setiap perkataan, tindakan atau kecaman yang berunsurkan negatif daripada anda, anda sendiri yang akan tanggung akibat serta dosanya.”

Demikian luahan pelakon, Sophia Albarakbah ketika ditanya bagaimana dia boleh kekal tenang biarpun berdepan kecaman dan kritikan melampau daripada segelintir netizen berkaitan pelbagai isu.

Jelasnya, segelintir pihak memilih untuk melontarkan kecaman dan melabelnya dengan gelaran yang bersifat kebencian biarpun tidak mengetahui jalan cerita dan apa sebenarnya yang berlaku.

“Mereka tak kenal saya pun. Tak tahu apa yang sebenarnya berlaku, tetapi memilih untuk membenci saya.

“Saya percaya kepada kuasa Tuhan. Selagi saya menjaga hubungan dengan Dia, bercakap dengan-Nya, Dia akan menolong saya. Tuhan lebih tahu.

“Biar orang buat kita, tapi jangan kita buat orang,” ujarnya menerusi satu perkongsian story di aplikasi Instagram.

Dalam sesi soal jawab sama, pelakon Jerangkung Dalam Almari itu turut mendedahkan dia sebenarnya sentiasa berasa insecured sehingga memilih untuk tidak terlalu banyak berkongsi gambar di media sosial.

“Saya sentiasa rasa insecure. Itu adalah salah satu sebab saya jarang memuat naik gambar di media sosial berbanding orang lain, mungkin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya