Tak guna bom roboh Stadium Shah Alam - Utusan Malaysia

Tak guna bom roboh Stadium Shah Alam

Stadium Shah Alam
AMIRUDIN Shari berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Penjawat Awam Negeri Selangor dekat Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerja merobohkan Stadium Shah Alam akan dilakukan secara berperingkat tanpa menggunakan peledak bom.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kaedah itu dibuat kerana tidak mahu menganggu ketenteraman penduduk yang tinggal di Seksyen 13, Shah Alam.

“Jadi apabila buat perobohan secara manual, proses merobohkan Stadium Shah Alam akan mengambil masa yang panjang sedikit.

“Pihak yang bertanggungjawab merobohkan stadium akan menggunakan jentera berkaitan bagi kerja tersebut,” katanya ditemui selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Menteri Besar Selangor di Bangunan Sultan Abdul Aziz, di sini, hari ini.

Namun sebelum kerja merobohkan dibuat, menurut beliau, kerajaan negeri sedang berbincang dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengalihkan sub stesen elektrik yang terletak berhampiran stadium.

Beliau menjelaskan, pengalihan sub stesen itu harus dibuat supaya bekalan elektrik di Seksyen 13 tidak terputus.

“Saya difahamkan kerja mengalihkan sub stesen tersebut telah bermula. Tapi berapa lama masa kerja mengalihkan sub stesen selesai sepenuhnya, saya kena rujuk pihak berkaitan.

“Tetapi sub stesen ini memang penting untuk mengalirkan bekalan elektrik kepada penduduk Seksyen 13,” katanya.

Amirudin sebelum ini dilapor mengesahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memberi kebenaran untuk projek pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).

Kerajaan negeri menghantar pelan Kebenaran Merancang (KM) bagi projek KSSA pada 15 Nov lepas dengan proses perobohan Stadium Shah Alam itu.

Projek pembangunan semula KSSA membabitkan kawasan seluas 76.08 hektar dijangka siap menjelang 2026. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya