Tahun Baharu Cina: Jangan terlalu selesa, amal SOP Covid-19

Tahun Baharu Cina: Jangan terlalu selesa, amal SOP Covid-19

DZULKEFLY Ahmad beramah mesra selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 KKM. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Orang awam diminta tidak terlalu selesa dan dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga bagi mengelak penularan kes Covid-19 menjelang sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, biarpun tidak lagi gusar, namun semua pihak perlu tetap berhati-hati dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini.

Beliau berkata, bagi yang mengalami gejala dan simptom seperti batuk mereka perlu memakai pelitup muka bagi mengelak jangkitan.

“Sekarang ini, bila kita nampak orang pakai pelitup muka mungkin dia batuk. Jika berada di kawasan sesak, perlu ambil langkah berjaga-jaga,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2024 Kementerian Kesihatan (KKM), di sini hari ini.

Katanya, SOP itu masih sama dan ia diharap dapat membantu mengelakkan penularan kes dalam kalangan masyarakat.

Dr. Dzulkefly berkata, beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu berjaga-jaga sehingga mengganggu kehidupan seharian.

Ditanya sama ada kes Covid-19 akan meningkat selepas sambutan Tahun Baharu Cina ini, Dr. Dzulkefly berkata, ia mungkin akan berlaku namun, ia masih dalam kawalan.

“Seperti yang kita jangkakan sebelum ini, kes jangkitan akan menurun pada Januari dan ia berlaku selepas berlaku peningkatan kes pada Disember tahun lalu,” katanya.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya