Tahun 2023 saksi pencapaian Kerajaan Perpaduan - TPM

Tahun 2023 saksi pencapaian Kerajaan Perpaduan – TPM

FADILLAH YUSOF dan AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tahun 2023 merupakan saksi terhadap pencapaian dan perkembangan positif negara iaitu keadaan politik yang lebih stabil dan urus tadbir pentadbiran lebih lancar di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kini terbukti bahawa melalui semangat perpaduan dan kestabilan politik yang terbentuk melancarkan usaha mensejahterakan rakyat dalam segenap aspek.

“Ayuhlah kita bersama melangkah ke gerbang tahun 2024 dengan azam dan tekad baharu demi menjulang kejayaan berterusan dan memartabatkan agenda Malaysia Madani.

“Saya doakan juga rakyat negara ini terus dilimpahi nikmat dan keberkatan oleh Allah SWT serta dilindungi daripada sebarang musibah yang merencatkan usaha kemakmuran dan kesejahteraan. Selamat Tahun Baharu 2024,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof menyeru untuk semua pihak tanpa mengira kaum, agama, merentasi fahaman politik dan pegangan ideologi untuk meletakkan iltizam ke arah memperkukuhkan lagi perpaduan.

Jelasnya, pengukuhan perpaduan merupakan kunci utama kepada keharmonian kaum, kesejahteraan rakyat dan negara serta kemakmuran negara.

“Sesungguhnya asas kekuatan sesebuah negara adalah perpaduan pelbagai lapisan masyarakatnya dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

“Ini penting supaya tidak ada lagi yang bermain politik, sebaliknya semua fokus ke arah pemulihan ekonomi, membangunkan negara dan memastikan kesejahteraan rakyat apa lagi dalam kita mendepani ketidaktentuan ekonomi global dan ketegangan geopolitik dunia yang semakin mencabar,” katanya. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya