Tabung Haji nafi agih kuota kepada swasta

Tabung Haji nafi agih kuota kepada swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memaklumkan dakwaan pihaknya mengagihkan kuota tertentu kepada pihak swasta atau Pengendali Jemaah Haji (PJH) adalah tidak benar sama sekali.

Tabung Haji menjelaskan kuota haji berjumlah 31,600 yang diberikan Kerajaan Arab Saudi adalah mengikut sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep ‘Mendaftar Dahulu, Didahulukan’ yang dilaksanakan sejak 1995.

“Apabila bakal jemaah sudah terpilih di dalam kuota tahunan, mereka boleh memilih sama ada ingin menunaikan ibadat haji melalui TH (Muassasah) atau melalui syarikat-syarikat PJH yang dilesenkan oleh TH. 

“Bakal Haji yang memilih syarikat PJH adalah mereka yang berkemampuan untuk membayar lebih dari kos haji bagi mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik dari Muassasah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru itu Tabung Haji memaklumkan, dakwaan bahawa TH hanya mengendalikan 11,000 jemaah pada tahun ini adalah tidak benar kerana majoriti jemaah haji atau sekitar 70 peratus hingga 80 peratus adalah melalui Muassasah.

Katanya, sarikat PJH pula membuat bayaran kepada Tabung Haji bagi setiap jemaahnya untuk perkhidmatan dan kemudahan di Tanah Suci termasuk bayaran wajib yang dikenakan oleh pihak Arab Saudi.

Dalam pada itu, Tabung Haji mengingatkan orang awam untuk tidak menyebarkan berita palsu atau belum dipastikan kesahihannya yang boleh mencetuskan keresahan masyarakat.

“Tabung Haji  menasihati orang ramai agar untuk tidak mudah percaya dengan berita palsu yang tular di media sosial. 

“Bakal jemaah Haji Malaysia dinasihatkan untuk rujuk kepada platform media sosial rasmi TH bagi mendapatkan maklumat yang sahih, tepat dan terkini,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919 – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya