Tabiat tidur pelik bintang K-Pop - Utusan Malaysia

Tabiat tidur pelik bintang K-Pop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANUSIA memerlukan lapan jam sehari untuk tidur. Ketika itulah, badan dan otak kita berehat daripada segala beban yang ada. 

Kita akan mula bermimpi tidak kira, yang manis-manis atau ngeri sehingga boleh terkencing. 

Tetapi nama pun manusia, setiap orang ada tabiat sendiri juga. Ada yang perlu membaca sebelum tidur, ada yang kena minum teh dan ada juga, yang boleh terlelap tanpa menutup mata. 

Pelik sungguh! Minggu ini kita ‘terbang’ ke Korea Selatan dan ayuh kita senaraikan bintang K-Pop yang mempunyai tabiat tidur yang pelik. Ada yang siap makan sambil tidur! Jom.

KANG IN SUPER JUNIOR

TIDUR seharusnya membawa ketenangan dan rehat kepada tubuh seseorang tetapi, sesiapa yang tidur berdekatan Kang In boleh seram sejuk dibuatnya. 

Bayangkan ketika tidur, Kang In bukan sahaja mengigau malah boleh memaki seseorang. 

Kongsi seorang sahabatnya, Kang In pernah mengigau dengan teruk sehingga mengeluarkan ugutan mati dan seolah-olah sedang mengejar seseorang. Macam polis pula. Mungkin dia sedang bermimpi jadi polis!

VICTORIA F(X)

CANTIK dan bergaya, kriteria yang ada pada anggota F(X), Victoria ini. Tetapi jangan disangka kecantikan wajah menjamin tabiat tidur yang indah. 

Rupanya, penyanyi ini suka tidur di posisi yang aneh. Salah seorang anggota F(X) mendedahkan, dia pernah terlihat Victoria tidur dengan keadaan kepala di bawah dan kaki diangkat ke atas. Sudah macam menonton  lem seram, Annabelle pula!

MIN HO SHINEE

MUNGKIN kalau ada anugerah tidur paling lama, pastinya Minho SHINee antara bakal juara. Bayangkan dia boleh tidur sehingga 48 jam sehari. 

Orang lain, tidur 10 jam sudah pening kepala bila bangun, dia pula bagaimana ya? Tetapi khabarnya ketika itu dia terlampau penat selepas bermain bola dan melepak bersama temantemannya jadi dia ‘balas dendam’ dengan tidur sehingga dua hari. Mesti biliknya gelap gelita, tak tahu siang atau malam.

BAE SUZY

YANG ini paling gila. Mungkin posisi pelik, mengigau atau tidur dalam tempoh lama bukan sesuatu yang mengejutkan sangat tetapi pelakon cantik, Bae Suzy siap boleh makan ya! Memang gila. Selain makan ketika tidur, dia juga pernah menjerit-jerit, ketawa seorang diri dan menghantar pesanan ringkas secara rawak kepada rakan-rakannya. Mungkin terlalu penat tetapi pada masa sama, lapar. Pelik.

LEE JOON MBLAQ

SELAIN memiliki kelompok peminat di merata-rata pelosok dunia, Lee Joon juga mempunyai tabiat boleh tidur di merata-rata tempat. 

Tabiat pelik itu sebenarnya didedahkan sendiri ahli kumpulan MBLAQ yang terhibur dengan cara tidur sahabat mereka. 

Bayangkan, bintang Rough Play ini bukan sahaja pernah tidur di atas lantai, pentas, almari tetapi dia juga pernah tidur di dalam tab mandi! Memang pelik sungguh tabiat Lee Joon. Muka sahaja kacak, rupanya dalam tab mandi pun boleh lena.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya