Suspek kes bunuh pengawal keselamatan direman tujuh hari - Utusan Malaysia

Suspek kes bunuh pengawal keselamatan direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pengawal keselamatan di tapak perkhemahan di Gunung Lang dekat sini semalam, direman tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, perintah tahanan reman ke atas lelaki berusia 31 tahun itu bermula hari ini sehingga Rabu depan.

Katanya, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Suspek telah ditangkap semalam dan perintah tahanan reman ke atas lelaki itu diperoleh selama tujuh hari.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwaan Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Menerusi laporan media semalam, Yahaya memberitahu, mangsa berusia 41 tahun merupakan warga tempatan itu dijumpai terbaring dalam keadaan berlumuran darah di tepi pagar tapak perkhemahan berkenaan.

Berikutan itu katanya, seorang suspek diberkas pada pukul 1.45 tengah hari di Kampung Manjoi bagi membantu siasatan.

“Suspek yang merupakan penganggur itu mempunyai 10 rekod lampau bersabit kes jenayah dan narkotik selain pernah menerima rawatan psikitri di Hospital Bahagia Ulu Kinta.

“Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya