Sudah lama amal sihir rupanya - Utusan Malaysia

Sudah lama amal sihir rupanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKAN hendak canang sangat keburukan seorang selebriti wanita ini. Tetapi ada ketika, rasanya kena buat macam ini sebab dia pun sudah buat keburukan kepada ramai individu. 

Terutama yang bekerja dengannya. Pantang kalau ada orang yang lebih sikit daripada dia, sama ada kemewahan atau populariti, dia memang tak boleh tengok orang senang. 

Tup tup, ada yang buka cerita pada Cik Bunga bahawa selebriti senior ini sudah lama mengamalkan sihir. 

Antara cara yang biasa digunakan adalah dengan tidak lokek memberi makan kepada kenalan-kenalannya. 

Memang tak ada apa pun kalau setakat nak belanja orang makan itu, tak salah. Perbuatan itu sudah mulia dan boleh mendapat pahala. 

Namun yang menjadi salahnya kerana makanan yang diberikan itu terisi dengan ‘sesuatu’. Tak tahulah isi apa. 

Tapi faham-faham sajalah kalau Cik Bunga dah beritahu dia mengamalkan benda khurafat. Bagi Cik Bunga, tak baiklah dia buat begitu. Hanya kerana nak pastikan dirinya kekal relevan, tergamak buat begitu. 

Tetapi, ingatlah, Allah SWT itu Maha Melihat. Perbuatan jahatnya itu lama-lama akan terbongkar juga. 

Cik Bunga juga percaya doa orang yang telah dianiaya, pasti akan diangkat Allah SWT. Tunggu sahajalah…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya