Suami isteri cedera langgar lori ubah haluan - Utusan Malaysia

Suami isteri cedera langgar lori ubah haluan

KEADAAN kemalangan motosikal berkuasa tinggi melibatkan pasangan suami isteri yang melanggar lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Sungkai hari ini. - UTUSAN/FOTO MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Pasangan suami isteri cedera selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang mereka melanggar lori yang menukar haluan secara tiba-tiba di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Sungkai, di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 10.30 pagi itu menyebabkan penunggang motosikal jenis Yamaha MT- 09 berusia 31 tahun patah pada kedua-dua tangan dan cedera di kepala manakala isterinya yang juga berusia 31 tahun luka di muka.

Video kejadian berdurasi 26 saat yang dirakam melalui kamera papan pemuka kenderaan itu tular selepas dikongsi di media sosial.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, kejadian berlaku ketika lori dipandu lelaki berusia 34 tahun itu dalam perjalanan dari Kota Damansara menuju ke Ipoh.

Katanya, apabila sampai di lokasi kejadian, lori yang dipandu di lorong kiri itu telah mengubah haluan ke lorong kanan untuk memotong kenderaan di hadapannya.

“Bagaimanapun, sebuah motosikal dari arah yang sama tidak sempat membrek dan mengelak lalu melanggar belakang lori di bahagian kanan.

“Akibat perlanggaran itu, penunggang dan pembonceng motosikal terjatuh dan mengalami kecederaan. Kedua-dua mereka dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan manakala pemandu lori tidak cedera,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua kenderaan itu telah ditahan untuk pemeriksaan Puspakom dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya