Suami Amyza Aznan ditidurkan buat kali kedua - Utusan Malaysia

Suami Amyza Aznan ditidurkan buat kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Amyza Aznan, memaklumlan suaminya, Khairil Idzhar Md Nazir, 49, terpaksa ditidurkan buat kali kedua selepas tahap kesihatannya dilaporkan semakin kritikal kini.

Menurut Amyza, suaminya kini ditempatkan di Hospital Ampang.

Pada masa yang sama, Amyza turut memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan suaminya.

“Saya baru dihubungi pihak hospital memaklumkan suami saya perlu ditidurkan buat kali kedua.

“Keadaannya agak kritikal dan doktor beritahu suami sudah berada tahap 50-50.

“Saya takut dan hanya mampu berdoa agar dia diberi kekuatan untuk menempuh ujian ini,” katanya.

Menurut Amyza, dia agak terkilan apabila tidak dapat menemani suami di hospital berikutan kes Covid-19 yang semakin tinggi.

“Kalau boleh saya nak berada di sisi suami sepanjang dia dirawat di hospital, tapi pihak hospital maklumkan kes Covid-19 semakin tinggi dan saya tidak dibenarkan berada disampingnya.

“Jadi saya terpaksa berulang-alik untuk berjumpa suami. Saya sangat sedih melihat keadaannya.

“Sejak dia mula sedar dia nak bercakap pun sangat susah kerana keadaannya yang sangat lemah dan tidak berdaya,” katanya.

Terdahulu Khairil dilaporkan sudah sedar selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang sejak 25 Disember lalu.

Bagaimanapun keadaannya masih lemah dan mendapat pengawasan rapi doktor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya