Standard baharu perlindungan data peribadi elak ketirisan - Gobind

Standard baharu perlindungan data peribadi elak ketirisan – Gobind

GOBIND Singh Deo menyaksikan majlis MoU antara JPDP dan Futurise di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mewujudkan Standard dan Garis Panduan Perlindungan Data Peribadi baharu sebagai langkah melindungi data peribadi dalam kawalan mana-mana individu atau organisasi yang memproses data peribadi di negara ini.

Garis panduan baharu itu akan dibangunkan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dengan kerjasam syarikat di bawah Kementerian Kewangan, Futurise Sdn. Bhd. (Futurise).

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, kerjasama JPDP dan Futurise itu bertujuan menetapkan keperluan minimum dan langkah-langkah praktikal dalam menguruskan dan melindungi data peribadi di negara ini.

Beliau berkata, standard dan garis panduan komprehensif itu akan turut mengambil kira keperluan-keperluan semasa di era digital, inovasi
dan teknologi masa kini.

“Menerusi kerjasama itu, kedua-dua pihak akan membangunkan Portal Pengurusan Perlindungan Data Peribadi sebagai medium perkongsian pengetahuan bagi pihak industri dan pegawai perlindungan data di negara ini.

“Program Latihan dan Pensijilan Pegawai Perlindungan Data (DPO) selaras cadangan Pindaan Akta 709 juga akan dibangunkan kedua-dua pihak, di samping pembangunan rangka kerja kemahiran dan pensijilan DPO di peringkat kebangsaan,” katanya.

Katanya, kerjasama JPDP dan Futurise ini bukan sahaja memenuhi keperluan undang-undang sebaliknya membentuk masa hadapan
di mana interaksi digital yang bercirikan keselamatan, kepercayaan dan akauntabiliti dapat dicapai.

Gobind berkata, semua pengguna data yang ditakrifkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi [Akta 709] digesa supaya lebih teliti dan berhati-hati dalam berkongsi dan memproses data peribadi bagi mengelakkan berlaku insiden ketirisan data peribadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya