SPRM siasat kesahihan transaksi agihan kepada Palestin

Aman Palestin: SPRM siasat kesahihan transaksi agihan kepada Palestin

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini fokus untuk menyiasat kesahihan agihan dan wang yang dibelanjakan Aman Palestin Bhd. (Aman Palestin) kepada penerima.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, perkara (aliran tunai dan agihan bantuan) itu menjadi persoalan buat SPRM ketika ini.

“Kita masih lagi menyiasat tentang isu wang-wang telah dibelanjakan termasuk syarikat-syarikat yang ditubuhkan. Sama ada betul atau tidak wang tersebut dihantar dan bagaimana dihantar ke pihak penerima.

“Ini menjadi persoalan kepada pegawai penyiasat. Contohnya, pelaburan yang dibuat seperti jongkong emas dan sebagainya, ia perkara yang perlu kita siasat.

“Sekiranya ada isu yang tidak betul maka kita akan cadangkan pertuduhan kepada pihak pendakwa raya,” katanya ketika ditemui pada Simposium Tatakelola Baik Nasional 2024, di sini hari ini.

Katanya, pihaknya mengakui terpaksa mengambil sedikit masa untuk melakukan siasatan dan itu sebabnya pembekuan akaun dilakukan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai adakah SPRM berjaya menjejaki aliran wang dibuat Aman Palestin, Azam berkata, perkara itu disifatkan sedikit sulit.

“Itu sedikit kesulitan, mereka dakwa sudah hantar, tetapi isunya siapa penerima. Perkara itu kena siasat, sebab itu ambil masa dan ia antara sebab kenapa wang dalam bank (Aman Palestin) kena sita.

“Mereka juga ada bagi nama beberapa orang (penerima), kita mensyaki siapakah individu berkenaan dan pegawai penyiasat ada banyak perkara yang mencurigakan,” katanya.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan dalam proses mengenal pasti aset-aset pertubuhan Aman Palestin dipercayai diperoleh hasil penyelewengan RM70 juta dana daripada sumbangan orang awam.

Menurut sumber, sembilan daripada 41 akaun bernilai lebih RM15.86 juta yang dibekukan adalah akaun yang didaftarkan di atas nama Aman Palestin Berhad.

Dua akaun lagi milik sebuah syarikat dan selebihnya merupakan akaun melibatkan tujuh individu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya