SPRM kini di peringkat akhir lengkap siasatan rasuah KFA

SPRM kini di peringkat akhir lengkap siasatan rasuah KFA

MUHAMMAD Sanusi Md Nor selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini di peringkat akhir bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan rasuah lebih RM6 juta yang dikaitkan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya tidak dapat mendedahkan kepada umum butiran terperinci berkaitan siasatan itu kerana ia mengandungi maklumat sensitif dan rahsia.

“Bagi melengkapkan kertas siasatan ini juga, SPRM memanggil Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk hadir ke Ibu Pejabat SPRM pagi ini,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kes rasuah membabitkan KFA dijalankan SPRM selepas menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan projek-projek di negeri berkenaan jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan.

Terdahulu, Muhammad Sanusi selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 11.37 pagi tadi.

Difahamkan, Menteri Besar Kedah itu tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 8.30 pagi dengan menaiki kereta jenis Mercedes Benz berwarna perak di bangunan SPRM.

Bagaimanapun, usaha kira-kira 20 pengamal media untuk menyapa Menteri Besar itu tidak kesampaian apabila kenderaan beliau terus beredar meninggalkan pekarangan SPRM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya